Kali ni mizz nak kongsi satu cerita kat korang tentang kisah aku kecik-kecik dulu. Suatu hari sedang mizz leka melayan kucing mizz yang asyik bermain di belakang rumah atuk mizz, hinggap seekor kupu-kupu kat sebatang tunggul pokok mati. mizz tengok kucing ni menghampiri kupu-kupu tu macam nak tangkap, mungkin dia nak makan kupu-kupu tu.
Apa yang buat mizz heran, kupu-kupu tu tak mahu terbang, sebaliknya dia sekadar kembangkan sayap dia. Tambah menghairankan kucing mizz pulak terkejut dan terus melompat dan menyorok kat sebalik semak sambil mengendap.
Tak lama lepas tu kupu-kupu tu pun terbang, dan kucing mizz ni gagal menangkap kupu-kupu tu. Dalam hati mizz tertanya-tanya kenapa agaknya kucing boleh takut dengan kupu-kupu sedangkan kupu-kupu tu bukannya kuat pun? Sekali tampar je dengan kuku dia tentu kupu-kupu tu dah kalah dan mati kalau kucing tu nak. Di bawah ni kupu-kupu yang aku maksudkan, sebijik macam species ni, dan mizz perasan ada corak macam mata kat belakang sayap dia tu.
Tapi bila mizz dah masuk sekolah rendah, barulah mizz tahu, sebenarnya kucing mizz takut dengan corak mata di belakang kupu-kupu tu. Cikgu Sains mizz kata, kupu-kupu mempunyai corak seakan-akan mata di belakang sayapnya yang boleh digunakan untuk memperdayakan musuh atau pemangsa. Haiwan pemangsa akan menyangka bahawa kupu-kupu yang lemah ini berbahaya kerana corak mata di belakangnya itu kelihatan menakutkan. Maka kupu-kupu ini menggunakan corak itu sebagai sistem pertahanannya dengan cara memperdayakan mangsanya.
Cis tak padan kecik, kupu-kupu pun pandai menipu! Kucing mizz tu harap je besar, tapi kena tipu dengan kupu-kupu he he he. Tapi bila diperhatikan, kepala kupu-kupu tu dengan corak pada kepak dia jauh dan terlindung dari pandangan matanya. Macam mana dia boleh tahu yang kepaknya ada corak yang boleh menakutkan haiwan lain? Adakah dia memusingkan kepala untuk menoleh pada sayapnya dan perhatikan corak pada kepaknya kemudian dia sedar bahawa kepak dia boleh menakutkan haiwan lain?
Atau mungkinkah rakan-rakan dia yang lain yang memberitahunya bahawa corak di kepaknya boleh menakutkan musuh? Adakah kupu-kupu seperti ini akan menghabiskan masa tertentu untuk mengkaji corak apa yang akan menakutkan musuh? Wajarkah kupu-kupu dengan hayat yang pendek ini mengkaji kepaknya sendiri?
Apa yang jelas, kupu-kupu ini menerima dirinya dari awal lagi dan dilengkapi dengan sayap atau kepak yang mempunyai corak tertentu untuk menakutkan musuh. Ia sendiri sebenarnya tidak sedar bahawa ia memiliki corak di sayap yang boleh menakutkan musuh, namun di dalam hatinya memiliki naluri untuk mengembangkan sayapnya di saat merasai bahaya yang mendatang! Hasil dari pengembangan sayapnya itulah ia telah berjaya menipu haiwan lain tanpa disedarinya.
Jelas di sini dapat difikirkan menggunakan logik akal bahawa ada satu Kuasa luar yang mengaturkan semua ini. Bukan manusia, bukan kupu-kupu itu sendiri malah bukan pemangsanya yang mewujudkan corak tersebut. Namun jelas di sini, ada Pengatur yang melukiskan corak pada sayap kupu-kupu ini untuk memberikan sistem pertahanan kepadanya.
No comments:
Post a Comment